Tuesday, June 24, 2008

trofi





yesterday my friends and i went to pertama complex to survey a trophy for bowling tournament. so i quite busy for this few weeks to organize this game as committee member...
here the sample of the trophy that i snap picture









..can you help me choose the trophy


















Thursday, June 12, 2008

PaNtUn MiNyaK oH mInYak

Ari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi
Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki
Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka
Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat
Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat
Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu...yang lima tahun sekali tu....sapa bagi??
Tiap kali naik harga, dok banding sini sana
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga
Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa
Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya
Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa
Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta....
Hari nie petrol naik, tahan la lagi
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali
Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap
Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie
Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai
Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah
Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara kuBiar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu
Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat
Cukup la sampai di sini
Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa laniKot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa

Wednesday, June 4, 2008

PeTrOl Oh PeTrol

Kenaikan harga minyak mentah dunia seakan-akan tiada cara untuk menyekatnya. Bagi yang berkemampuan kenaikan sehingga AS$138 setong sudah mula dirasakan apabila harga runcit turut mengalami lonjakan harga jika subsidi tidak diberi oleh kerajaan.
Kenaikan harga minyak sebenarnya menuntut kita mengikat perut sebenarnya. Apabila minyak mentah naik, kecenderungan teori domino atau tindak balas bertali yang ditakuti masyarakat pengguna mungkin tidak dapat dibendung.
Kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan pada harga barang-barang pengguna terutama harga makanan keperluan, perkhidmatan dan yuran profesional.
Apa saja skim yang diolah dan diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengurangkan keresahan di hati masyarakat pengguna akibat harga minyak naik perlu mengutamakan kelancaran bekalan barang keperluan.
Selain itu zaman bermewah dengan barangan yang bakal mengalami kenaikan harga memerlukan kita mula berjimat dan belajar cara-cara untuk berjimat.
Kenaikan minyak mentah akan menyebabkan kos pengangkutan atau kenderaan meningkat. Langkah paling popular untuk menjimatkan petrol ialah menaiki kenderaan awam yang permintaannya semakin meningkat dari hari ke hari.
Walaupun di kalangan pemain industri pengangkutan berpendapat sesiapa yang menceburi bidang pengangkutan sengaja mencari penyakit kerana kos minyak yang tidak setimpal dengan tambang atau tiket, tetapi masih ada syarikat bas yang menambah bilangan bas baru.
Mungkin minyak diesel tidak mengalami kenaikan yang drastik malahan kepenggunaannya juga amat menjimatkan dan berdaya saing berbanding petrol yang lebih 'pantas' membakar.
Langkah penjimatan di kala minyak petrol semakin kurang subsidi, antara yang popular ialah pemasangan NGV iaitu penggunaan gas asli sebagai ganti bahan api petrol. Sudah terbukti ia bahan bakar menjimatkan walaupun harganya lebih kurang minyak petrol tetapi kerana ketumpatan bahan apinya memungkinkan lebih banyak kilometer dieksploitasi untuk kadar seliter harga petrol.
Lantaran itu banyak syarikat pengangkutan awam seperti teksi dan MPV lapangan kapal terbang menggunakan NGV bagi kegunaan kenderaan syarikat mereka. Penjimatan ini akan melebihkan kilometer perjalanan dan menjimatkan wang kita.
Cuma kelemahan NGV ialah kos pemasangan yang mahal mengikut jenis kereta kerana semakin canggih kereta semakin canggih pendawaiannya yang akan meningkatkan kos pemasangan tangki NGV sepenuhnya.
Selain itu ruang bonet akan menjadi terhad untuk barang-barang dimasukkan kerana tangki NGV akan memenuhi sebahagian besar ruang.
Langkah penjimatan sebaik-baiknya perlu dicari dan dikaji oleh semua pihak. Langkah berkongsi kereta ke destinasi tempat kerja yang sama atau car pool memang boleh menjimatkan minyak dan sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas sesuatu kawasan, misalnya bandar raya Kuala Lumpur apabila tiba waktu puncak.
Kempen ini sebenarnya gagal dilakukan kerana faktor sikap dan mempunyai agenda kehidupan yang berlainan selain selesa dengan keadaan bersendirian di dalam kereta sendiri.
Berkongsi kereta boleh dilakukan mengikut giliran agar tiada yang terasa diri dijadikan pemandu teksi tak bergaji. Cuma perkongsian bijak ini selain menjimatkan penggunaan petrol, ia dapat juga menggembirakan hati majikan kerana pekerja datang serentak dan wajar inisiatif diperkenalkan oleh majikan seperti memberi merit kepada pekerja yang paling banyak keretanya digunakan untuk dikongsi dan diterjemah dengan pemberian elaun jika mampu.
Penggunaan petrol yang banyak apabila memandu di jalan raya bertaraf dunia seperti di Malaysia memang tidak dapat dielakkan kerana pemandu gemar memecut apabila jalan kurang kenderaan. Apatah lagi episod cabar-mencabar dengan pemandu lain dan terlambat ke destinasi dalam masa yang ditetapkan. Dalam situasi ini apa yang dapat dilakukan hanyalah merayu pemandu yang mempunyai sikap begini supaya menjadi lebih berdisiplin, bersabar dan menepati masa apabila membuat temu janji.
BakatBagi pemandu yang suka menguji kuasa kereta di jalan-jalan persekutuan, lebih baik mereka menunjukkan bakat ala pemandu Formula Satu di litar Sepang sahaja kerana pemandu-pemandu lain akan terikut-ikut nilai kesukanan yang tidak baik ini yang akan mencetuskan penggunaan petrol secara tidak ekonomik yang merugikan mereka sendiri.
Langkah penjimatan petrol biasa didedahkan dalam majalah permotoran dan ruang permotoran dalam media cetak dan media penyiaran tetapi tidak ramai yang melaksanakan atas alasan remeh-temeh. Antara yang mudah untuk dilakukan ialah melakukan servis kereta secara berkala dan di tempat servis yang diiktiraf pengeluar kereta yang digunakan.
Selain itu beban dalam kereta seperti barang-barang yang tidak diperlukan tinggalkan sahaja di rumah atau di pejabat. Barang-barang ini menyumbang kepada penggunaan minyak petrol yang optimum. Barang-barang seperti fail cukai pendapatan, alat memancing, komponen kereta terpakai, surat khabar lama dan segala macam khazanah perlu ditinggalkan di rumah atau dikitar semula sahaja. Semakin ringan kereta semakin jimat penggunaan petrol. Mudah dan berkesan.
Apa saja melibatkan penggunaan enjin kereta ke tahap maksimum seperti memasang pendingin hawa semasa menanti di dalam kereta dan keadaan tayar yang tidak diisi angin yang secukupnya menyebabkan kereta berat perlu dielakkan.
Perlakuan ini akan merugikan pemandu jika ia dilakukan dalam keadaan tidak perlu. Sebaik-baiknya pendingin hawa dipasang apabila cuaca benar-benar panas dan tayar kereta diperiksa dan dipulihara seminggu sekali.
Sikap hentam keromo hanya akan memendekkan usia kereta dan merugikan dari segi sen yang dikeluarkan untuk pembelian petrol apatah lagi hutang sewa beli kereta masih belum langsai kereta sudah boleh ditimbang kati akibat kurang arif menjaga kereta kerana nilai susut yang tinggi.
Walaupun kerajaan belum menaikkan harga petrol langkah berjaga-jaga ke arah itu perlu dilakukan. Berjimat bukan perkara yang merugikan malah amat menguntungkan bagi tempoh jangka panjang. Krisis akibat kenaikan harga petrol di negara-negara lain amat menakutkan dan senario tersebut hanya di seberang sahaja.
Mujur di negara kita rakyat masih boleh diajak berunding setelah penjelasan diberi dan subsidi di kaji. Apa pun keadaannya langkah penjimatan bahan api ini hanya akan berkesan jika kita sanggup berkorban masa dan rutin kehidupan, mengamalkan sikap untuk berkongsi dan prihatin dengan cara pemanduan yang berkesan.
Apa pun selagi kita tidak memiliki disiplin untuk berubah menjadi pemandu yang berhemah, niat untuk berjimat menggunakan petrol wajar dilupakan.